Friday, January 30, 2009

Konsep Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ditarifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi,yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

Sentiasa berterusan,Guru Cemerlang berusaha membentuk ahlak mulia dan membuktikan peningkatan dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut

KECEMERLANGAN PERIBADI
KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KECEMERLANGAN KERJA
KECEMERLANGAN KOMUNAKASI
KECEMERLANGAN POTENSI

Tafsiran Logo



G - Guru Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institute Perguruan, dan Politeknik) dalam
sistem pendidikan diMalaysia

C - Cemerlang

M - Majlis - satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru
Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C .
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti,pengetahuan dan kemahiran, kerja,komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan
( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)